Terdapat banyak keputusan yang perlu diambil semasa membuat perancangan memindah.
- Nak pilih Syarikat Movers atau nak pindah pakai kereta sendiri?
- Nak pindah hujung bulan atau awal bulan?
- Nak pindah semua perabot atau nak beli yang baru?
Blog ini akan tolong anda menjawab soalan yang terakhir.
Ciri-ciri pemindahan barang yang hendak dipindah dan pilihan anda merupakan faktor yang menentukan sama ada anda perlu pindah barangan anda ataupun lebih baik untuk beli perabot baru.
Adakah ia prakital untuk memindah barang anda?
Jika perabot anda telah lama duduk di rumah anda dan dalam proses untuk menjadi usang,mungkin tidak wajar dan praktikal untuk anda memindah perabot tersebut. Perabot lama berkemungkinan tinggi untuk patah atau rosak semasa memindah. Anda mungkin terpaksa membeli perabot baru dengan tergesa-gesa jika perabot telah patah semasa memindah. Ini adalah suatu yang amat mengecewakan kerana anda memindah bukannya untuk percuma tetapi bayar pada kami.
Adakah perabot lama anda akan muat di dalam rumah baru anda? Pastikan anda mempunyai gambaran yang jelas dengan ruang yang ada di dalam rumah baru anda. Anda boleh mengambil ukuran bilik ataupun ruang yang anda rancang untuk aturkan perabot lama anda.
Selain daripada itu, anda juga perlu mengmbil kira reka bentuk dalaman rumah anda. Anda pasti tidak mahu rumah anda untuk mempunyai tampilan yang tidak seiras. Perabot rumah memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan reka bentuk sebuah rumah.Ini lebih dikenali sebagai “Interior Designing”.
Adakah perabot anda mempunyai nilai peribadi?
Sesetengah perabot akan mempunyai nilai sentimental. Sebagai contoh, sebuah kerusi malas mungkin digunapakai secara turun temurun dari nenek moyang. Anda mungkin mempunyai perasaan yang istimewa terhadap perabot tersebut.
Namun begitu, bukan semua perabot semestinya mempunyai nilai sentimental. Tolong teliti semua perabot yang anda ada dan hanya tumpukan perhatian pada perabot yang masih dalam kondisi yang baik. Jangan memaksa pihak pemindah untuk mengambil perabot yang anda sudah tahu yang kondisinya sudah buruk dan usang. Akan ada situasi apabila “movers” menasihati bahawa sebuah perabot itu tidak dapat dipindah dan anda berkeras juga untuk mengangkat barang tersebut. Bermulalah pertengkaran dan “conflict” antara pihak pemindah dan pelanggan.
Anda tidak boleh berkeras dan perlu cuba untuk memikir secara rasional. Pihak movers sentiasa cuba untuk jaga perabot anda . Apa yang anda boleh buat adalah untuk mencari pembeli barang yang diguna ataupun lebih dikenali sebagai “Second-hand Furniture Shop”. Mereka akan sebut harga jika anda menghantar gambar melalui “Whatsapp” ataupun Emel.
Apakah harga perabot anda?
Harga perabot boleh bermula dari puluhan hinggalah ribuan. Pelbagai jenama dan reka bentuk yang unik dijual di pasaran mengikut cita rasa pembeli. Terutamanya “Designer Brands” ataupun perabot yang direka oleh artis reka bentuk yang popular.
Apabila anda membeli sebuah perabot yang mahal, lama kelamaan, anda mungkin betanggapan bahawa perabot tersebut akan semakin tinggi dalam nilai mata wang. Hakikatnya, TIDAK. Sebuah perabot yang dibeli pada tahun 2022 akan hilang nilai mata wangnya walaupun sehari sahaja diguna pakai.
Selain itu, sebuah perabot yang dibeli dan sudah lama dipakai tidak semestinya serasi dengan reka bentuk rumah baru yang anda akan pindah masuk. Amat disyorkan bagi anda untuk menjual, membuang ataupun membeli perabot baru mengikut reka bentuk rumah baru dan juga cita rasa anda.
Kesimpulannya, anda sebagai pelanggan perlulah menumpukan perhatian dalam menyenangkan proses pemindahan dan sentiasa ingat bahawa pihak Movers sentiasa akan berada di sisi anda semasa memindah dan hanya berfikir untuk siapkan proses pemindahan anda dengan sempurna.