Proses pemindahan yang lancar merupakan faktor utama dalam memastikan kepuashatian pelanggan.
Anda sebagai pelanggan perlulah berusaha untuk membuat perancangan yang rapi untuk mengetahui apakah servis tambahan yang anda perlukan selain daripada memindah.
Oleh sebab itu, amat penting bagi pelanggan untuk mengenal pasti servis tambahan yang mereka perlukan. Mereka boleh merujuk dan mendapat tahu melalui syarikat pemindah yang mereka melanggan.
Servis Pemindahan.
Anggaran harga yang anda dapat daripada kami adalah termasuk penghantaran barang anda ke destinasi (door-to-door service).
Selagi anda memilih syarikat yang bernama, anda tidak perlu risau tentang kos penghantaran yang dikenakan secara mengejut.
Pastikan anda pilih syarikat “movers” yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman memindah yang aman.
“Additional Drop-Off” dan “Additional Pick-Up Point”
Biasanya, pemindahan akan merangkumi dua lokasi iaitu lokasi ‘pick up point” iaitu tempat mengambil barang dan “drop off point” iaitu lokasi menurunkan barang.
Walaubagaimanapun, ada juga pelanggan yang ingin menurunkan barang atau ambil barang di lokasi yang tidak diberitahu semasa “booking” lori.
Untuk “additional drop off” dan “additional pick up” ini akan ada “charges” tambahan mengikut jarak . Pihak “movers” akan “quote” harga jika anda bertanya dengan mereka.
Kesimpulannya, amat disyorkan bagi pelanggan untuk memberitahu jika anda ada sebarang perancangan untuk menambah lokasi barang yang dihantar.
Tempoh masa yang diambil untuk menghantar barang.
Penghantaran barang anda akan mengambil masa. “Masa Itu Emas”,kami faham. Tetapi, anda perlu juga faham yang sebuah lori boleh dipandu dengan beberapa limitasi yang sering tidak dipedulikan oleh ramai.
Sebagai contoh, jika anda boleh sampai daripada Kuala Lumpur ke Johor menaiki kereta anda dalam masa 4 jam setengah, lori akan sampai lebih kurang 2 ataupun 2 jam setengah lagi lewat berbanding dengan anda.
Ini adalah kerana lori adalah kenderaan muatan berat dan amat tinggi berbanding dengan kereta. Ia tidak boleh dipandu secara laju kerana mempunyai “centre of gravity” yang tinggi dan boleh menyebabkan lori terbabas dengan mudah.
Lori juga tidak boleh dibelok dengan cepat dan tergesa-gesa seperti kereta kerana ia mempunyai bahagian “cargo” di belakang yang diperlu diawasi pada setiap simpang.
Anda pasti pernah lihat pembantu lori berdiri di belakang lori dan memberi isyarat kepada pemandu semasa “reverse” lori.
Ia amat mudah untuk sebuah lori untuk berlanggar dengan kenderaan lain ataupun bangunan disebabkan bahagian”cargo” yang memanjang di bahagian belakang lori ini.
Penghantaran barang “On The Spot”
Pihak pemindah biasanya akan menghantar barang yang telah diambil pada hari yang sama jika pemindahan berlaku di “local” ataupun negeri yang sama.
Ia tidak semestinya sama untuk penghantaran luar negeri. Sesetengah pihak pemindah akan memberitahu pada pelanggan mereka jika barang yang diambil telah dijadualkan untuk dihantar pada hari keesokan hari ataupun di tarikh yang lain.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan mereka untuk berbuat demikian. Antaranya ialah waktu yang sudah terlalu lewat.
Sebagai contoh, jika barang yang diambil tidak disiap naik ke dalam lori pada masa yang dirancang disebabkan oleh faktor cuaca ataupun jarak “loading bay” yang amat jauh staff pemindah akan berasa amat letih. Kadangkala, faktor ini boleh menyebabkan pengambilan barang sampai tengah malam.
Untuk memastikan keselamatan staff dan juga barang anda, pihak pemindah akan merancang untuk menghantar barang anda pada keesokan hari. Kebanyakan pelanggan akan memahami situasi ini dan akan mengikut “plan” kami.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pelanggan yang tidak peduli tentang kondisi staff yang perlu memandu lori untuk jarak yang jauh selepas habis kesemua tenaganya telah digunapakai dalam proses “loading” barang.
Oleh itu, haruslah anda sebagai pelanggan memainkan peranan anda dengan memahami naluri pihak pemindah anda dan elakkan sebarang diskriminasi terhadap mereka. Anda harus percaya bahawa semua perancangan dan pengubahsuaian dalam proses memindah ini hanya untuk memastikan keselamatan barang anda .