Berpindah ke sebuah tempat yang baru mungkin dianggap sebagai perkara yang biasa. Tetapi adakah anda sedar bahawa diri anda berpotensi untuk berubah dengan berbuat demikian?
Apabila anda berpindah ke lokasi yang baru, anda berpeluang menukar perspektif anda terhadap sesuatu perkara,mendapat kerja dalam bidang yang baru. Paling tidak pun, anda akan berasa teruja ataupun mendapat perasaan yang lebih dikenali sebagai “fresh start”.
Namun demikian, anda mungkin berasa stress apabila memikir bagaimana untuk pindah barang dan perabot anda yang sedia ada.
Jangan khuatir. KAMI AKAN BANTU ANDA…
Dari segi pemindahan, kami sebagai “Movers” akan membantu anda untuk membuat anggaran kos untuk memindah ke mana sahaja.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan kenapa kami tanggap bahawa memindah adalah satu idea yang terbaik.
Permulaan yang baru “Fresh Start”
Memindah bermaksud permulaan yang baru. Ramai di kalangan kita yang mencari titik permulaan yang baru dimana kita boleh mencari ikhtibar dan semangat. Semua ini boleh kita dapat cari, ketika kita memindah.
Lokasi yang baru mungkin memberi peluang kepada anda untuk bersemangat untuk menjadi lebih sihat dan membuat perancangan senaman rutin anda. Mungkin terdapat taman, ataupun padang yang berhampiran dengan rumah baru anda di mana anda boleh meluangkan masa lapang anda untuk fokus pada kecergasan badan anda .
Ingat!!! Badan yang sihat adalah tangga kepada minda yang cergas.
Memindah juga berpotensi membawa anda lebih dekat kepada peluang kerjaya yang baru ataupun boleh juga memberi masa untuk anda menyambung pelajaran anda. Jangan lupa bahawa anda juga berpeluang untuk mendapat kawan baru.
Terokai diri anda
Apabila anda tinggal di tempat yang sama untuk jangka masa yang lama, hidup anda mungkin akan menjadi bosan dan tidak lagi produktif. Daya pemikiran anda akan terhad dan terpengaruh pada faktor dan orang yang mengelilingi anda .
Apabila anda pindah ke tempat yang baru, anda berpeluang untuk menilai diri anda dan meneroka ciri-ciri anda yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Anda juga akan rasa bagaimana anda mengendali sesebuah situasi tanpa tunjuk ajar dan pertolongan daripada golongan yang anda sudah kenal lama.
Anda akan mula untuk rasa selesa dengan diri anda sendiri dan anda tidak perlu lagi mematuhi peraturan dan norma hidup yang diikuti selama hidup anda sebelum ini.
Sifat berdikari
Apabila anda berpindah ke sebuah tempat yang baharu, terutamanya jauh dari rumah lama anda, anda tidak perlu bergantung pada sesiapa. Walaupun ia akan rasa tidak selesa pada mulanya, tetapi lama kelamaan anda akan bermula untuk berdikari.
Sikap berdikari adalah suatu tabiat yang mendorong anda untuk membina diri anda sendiri. Anda akan khairan dengan diri anda sendiri apabila and dapat tahu yang anda berpotensi untuk melakukan aktiviti ataupun menyiapkan sesuatu tugas dengan sempurna tanpa mendapatkan pertolongan daripada sesiapa.
Kembangakan rangkaian anda
Dalam era modern ini,kebanyakan kerjaya bergantung pada rangkaian anda. JANGAN SALAH FAHAM YE!! Ini bukan rangkaian telefon yang anda dengar di iklan yang disiarkan dalam televisyen. Apa yang kami maksudkan di sini adalah rangkaian sosial anda atapun lebih dikenali sebagai “Social Network”. Mempunyai hubungan dengan rangkaian luar akan membantu anda untuk lebih memahami tentang etika kerja dan rangkaian tersebut boleh menjamin untuk peluang kerjaya anda untuk masa depan kelak.
Walaubagaimanapun, jika anda bertempat di sebuah lokasi yang sama untuk jangka masa yang panjang, ia akan menipiskan peluang anda untuk bertemu dengan orang yang baru. Oleh sebab itu, inilah masanya untuk anda mengubah diri jika anda merupakan seorang yang suka mengasingkan diri anda dari khalayak ramai ataupun lebih dikenali sebagai “introvert”.
Tidak salah jika anda ambil masa untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan seperjuangan di tempat kerja anda apabila anda berpindah ke sebuah tempat yang baru. Bukan setakat anda dapat untuk memperkembangkan rangkaian sosial anda, malah anda juga akan dapat untuk mempelajari kemahiran baru dan mendapat kawan baru.
Tinggal di lokasi kegemaran anda
Jika anda dapat memilih kawasan yang anda ingin tinggal, anda boleh berpindah ke mana sahaja. Sebagai contoh, jika rumah yang anda diami sekarang memakan kos yang tinggi disebabkan beberapa faktor seperti kos menyewa rumah, kos makanan dan juga kos pengangkutan. Kesemua kos-kos ini, anda boleh kurangkan jika anda berpindah ke sebuah tempat yang mungkin lebih dekat dengan tempat kerja anda.
Jika anda berpindah ke rumah yang berdekatan dengan ofis anda, anda tidak semestinya perlu memandu ke kerja. Anda boleh berjalan kaki ataupun menunggan basikal di mana anda boleh potong kos transportasi dengan kadar yang besar.
Kemungkinan anda juga ingin mendiami di kawasan yang di mana ia amat selamat untuk kanak-kanak anda.Keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu aspek yang amat penting dan ia memainkan peranan penting dalam memastikan ketenangan jiwa dan mental anda. Tidak perlulah anda risau tentang keselamatan mereka apabila anda berada di tempat kerja.
Reka bentuk ruang anda yang unik
Memindah merupakan peluang keemasan untuk melebarkan minda kreatif anda. Ruang yang baru bermaksud reka bentuk yang baru. Ambil lah ini sebagai peluang untuk mereka dan membentuk sebuah rumah yang dipenuhi dengan citarasa anda.
Ada juga dalam kalangan kita yang mengambil ini sebagai peluang untuk aplikasikan idea mereka yang telah lama dipendam dalam hati untuk mempunyai rumah idaman mereka. Rumah idaman bukanlah sesuatu yang anda hanya boleh beli dengan reka bentuk yang sedia ada. Anda boleh menjadi artis reka bentuk professional untuk rumah anda yang tersayang.
Beri keutamaan kepada pembelajaran
Sentiasa ingat bahawa anda berpeluang untuk pelajari informasi yang baru tentang pelbagai topik apabila anda berpindah ke sebuah tempat yang baru. Setiap tempat ada sejarahnya yang tersendiri. Sejarah yang baik yang boleh menjadi teladan dan juga peristiwa yang buruk yang boleh menjadi pengajaran kepada anda.
Akan juga anda berpeluang untuk menerokai budaya yang baru.Ambil inisiatif untuk meluangkan masa bersama individu-indivdu yang datang dari budaya yang berbeza dan ambil tahu tentang mereka secara lebih mendalam.
Budaya yang baru juga bermaksud anda berpeluang untuk mengetahui resipi makanan yang baru. Anda boleh menerokai kedai makanan yang baru dan rasa kesedapan makanan yang berasal dari budaya yang berlainan. Terdapat peluang yang besar untuk anda menemui makanan kegemaran baru anda.
Memindah adalah sesuatu yang positif
Anda perlu sedar bahawa memindah boleh mengubah hidup anda supaya menjadi lebih positif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental ataupun psikologi.
Rumah yang baru bererti anda telah mengambil langkah yang besar untuk menerokai sesuatu yang baru dalam hidup anda . Ini menunjukkan bahawa anda mempunyai potensi dan dedikasi untuk mengubah hala tuju hidup anda kepada sesuatu yang lebih menarik dan membuat anda rasa teruja. Ini juga bereti bahawa anda merupakan seorang yang mempunyai mental yang kental.
Perasaan ini akan memberi keyakinan kepada anda dan mendorong anda untuk menyelesaikan apa jua masalah ataupun halangan yang anda mungkin hadapi dalam hidup anda.