fbpx
Cara pemindahan mesin basuh dan mesin pengering
moving washing machine

Semasa anda bersiap-siap untuk berpindah, sudah tentu anda akan melihat keadaan sekeliling dan mulabertanya kepada diri sendiri…

Bagaimanakah saya hendak mengalihkan semua ini?

Tarik nafas dalam-dalam, katakan pada diri, ada 2 juta rakyat Malaysia berpindah setiap tahun dan saban hari. Anda boleh melakukan hal yang sama dengan mudah.

Sejujurnya, dengan pengetahuan umum tentang tips untuk berpindah, anda boleh melakukan langkah tersebut dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun, mengalihkan mesin basuh dan pengering adalah bahagian yang agak sukar ketika berpindah. Tetapi jangan risau, kami ada di sini untuk membantu anda!

Sebelum kita membincangkan cara mengalihkan peralatan besar ini, jangan teragak-agak untuk menggunakan borang anggaran sebutharga dalam talian kami.

Ayuh kita mulakan.

Bagaimana untuk mengeluarkan mesin basuh dan mesin pengering untuk memindah ?

Adakah anda berfikir untuk berpindah menggunakan servis pemindahan barang? Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Pastikan anda membincangkan aspek pemindahan ini dengan syarikat pemindahan anda lebih awal.

Keputusan saat akhir boleh menyebabkan caj tambahan.

Ia juga penting untuk ambil perhatian bahawa syarikat pemindahan barang tidak akan mengubah suai mana-mana sambungan peralatan elektrik anda untuk tujuan liabiliti daripada pihak mereka.

Mereka mungkin menggunakan servis daripada pihak ketiga jika anda tidak mahu mengambil risiko untuk memutuskan sambungan dan menyambung semula sendiri. Namun perlu diingat bahawa servis ini biasanya mempunyai caj berasingan. Syarikat pemindahan barang biasanya hanya akan membantu untuk memindahkan barang sahaja.

Cara mengemas mesin basuh dan mesin pengering untuk memindah

Sebelum anda boleh memikirkan cara mengalihkan mesin basuh dan pengering, anda perlu mengemasnya terlebih dahulu. Pastikan anda mempunyai pelan yang lebih teratur untuk mengelakkan diri anda merasatertekan pada hari perpindahan.

Kumpul manual pengguna

Setiap mesin basuh dan pengering disertakan dengan manual penguna dan maklumat waranti. Perpindahan kadangkala berisiko kepada alatan elektronik seperti ini, jadi pastikan anda tahu cara menjaga dan mengalihkannya dengan betul mengikut manual.

Anda juga harus membiasakan diri dengan jaminan, supaya anda tahu perkara yang dilindungi sekiranya perkakas anda tiba dalam keadaan rosak.

Lebih baik jika anda menyimpan dokumen ini dalam beg plastik supaya ia tidak basah. Letakkannya di tempat yang selamat di mana anda mudah untuk mengambilnya apabila anda diperlukan.

Bersihkannya

Banyak mesin basuh baru datang dengan kitaran bersih yang boleh membersihkan bahagian dalam mesin. Caranya hanyalah dengan menambah pembersih yang dibeli di kedai ataupun sabun cucian buatan sendiri, jalankan kitaran bersih (atau kitaran biasa yang pendek), dan biarkan mesin basuh berpusing sendiri!

Setelah kitaran tamat, buka penutup dan biarkan bahagian dalam kering selama sekurang-kurangnya 24 jam. Anda hanya memerlukan pembersih vakum dengan lampiran hos untuk membersihkan pengering anda. Walaupun anda mengeluarkan serpihan daripada perangkap lin selepas setiap beban, sudah tentu ada kepingan yang jatuh semula ke dalam pengering. Dengan vakum, lebih mudah untuk anda tanggalkansebarang debu yang masih ada!

Anda juga harus membiasakan diri dengan jaminan, supaya anda tahu perkara yang dilindungi sekiranya perkakas anda tiba dalam keadaan rosak.

Lebih baik jika anda menyimpan dokumen ini dalam beg plastik supaya ia tidak basah. Letakkannya di tempat yang selamat di mana anda mudah untuk mengambilnya apabila anda diperlukan.

Dapatkan alatan yang diperlukan

Terdapat beberapa langkah untuk memindahkan mesin basuh dan pengering, dan anda memerlukan semua bekalan yang betul untuk melakukannya dengan mudah. Ini termasuk item seperti berikut:

  • Sepana
  • Playar
  • Baldi
  • Sarung Tangan
  • Selimut
  • Pita pembungkusan
  • Tali
  • Troli

Ini adalah penting untuk memastikan ianya lebih selamat untuk anda dan mesin basuh dan pengering anda.

Kedua-dua mesin ini sangat berat jadi agak sukar untuk mengalihkannya tanpa alatan dan pelan yang baik.

Sediakan Laluan

Untuk menjimatkan masa dan tenaga anda pada hari perpindahan, lihat dan perhatikan laluan yang akan anda lalui apabila memindahkan mesin basuh dan pengering keluar dari rumah anda. Ukur pintu, lorong dan tangga untuk memastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk perkakas, anda dan rakan anda akan lalui. Jika anda mendapati bahawa laluan yang anda ingin lalui tidak boleh digunakan, maka susun rancangan baru terlebih dahulu.

Minta Bantuan

Jangan sesekali berfikir untuk memindahkan mesin basuh dan pengering tanpa bantuan daripada orang lain. Untuk keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan barangan anda, minta rakan atau keluarga membantu anda mengalihkannya.

Mereka harus cukup cergas dari segi fizikal untuk membantu dan memakai pakaian yang sesuai, seperti sarung tangan dan kasut tertutup.

Cara mengalihkan mesin basuh dan pengering sendiri

Setelah anda melakukan semua kerja persediaan, tiba masanya untuk mempelajari cara mengalihkan mesin basuh dan pengering. Walaupun prosesnya agak serupa untuk kedua-dua peralatan, terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Apabila anda mengikuti proses ini, anda tidak akan menghadapi masalah mengangkut peralatan berat ini ke rumah baharu anda.

Memindahkan mesin basuh

Ketahui sahaja bahawa mesin basuh itu berat. Ia memerlukan kerja yang teliti untuk memutuskan sambungan dan mengalihkannya dengan betul, tetapi anda boleh melakukannya sendiri dengan beberapa petua yang berguna.

Matikan Elektrik dan Air

Sebelum anda menyentuh mesin basuh anda, matikan elektrik pada perkakas. Anda boleh melakukan ini dengan kotak pemutus di rumah anda.

Jika anda tidak pasti yang mana satu suis yang membekalkan kuasa kepada mesin basuh anda, matikan semua kuasa. Selepas anda mematikan kuasa, barulah anda boleh mencabut plug mesin basuh dari dinding, kumpulkan kord dan letakkannya ke sisi perkakas.

Seterusnya, matikan bekalan air ke mesin basuh anda. Terdapat injap di belakang mesin basuh yang mengawal bekalan air panas dan sejuk. Letakkan baldi di bawah hos dan gunakan sepana atau playar untuk mengeluarkan hos dari dinding. Baldi akan menadah air yang berlebihan daripada hos tersebut. Biarkan hos kering dan letak di tempat yang anda mudah untuk anda lihat dan ambil sebelum berpindah. Jika anda tidak yakin untuk menutup air sendiri, hubungi tukang paip untuk membantu anda.

Lindungi bahagian dalam mesin

Mesin basuh mempunyai bahagian yang berputar di dalam perkakas. Ia mempunyai penggantungan yang halus, dan pergerakan yang terlalu kasar boleh merosakkannya. Untuk melindungi mesin basuh anda, pastikan bahagian dalam tidak bergerak. Kebanyakan mesin basuh baharu disertakan dengan bolt perkapalan yang memastikan bahagian dalam mesin sentiasa pegun. Jika anda tidak memilikinya, anda boleh mencarinya dalam talian dengan mudah. Untuk perlindungan tambahan, letakkan kadbod atau kotak polisterin di sekeliling dram.

Tambah Padding

Alas luar berfungsi dengan baik untuk melindungi bahagian luar mesin basuh anda. Gunakan seberapa banyak yang anda perlukan untuk menutupnya sepenuhnya. Kemudian, kemaskan alas tersebut dengan pita pembungkus atau bungkusan plastik. Jangan balut mesin basuh dengan terpal atau kepingan plastik. Bahan-bahan ini akan memerangkap sebarang sisa lembapan di dalam perkakas. Tambahan pula, anda baru sahaja membersihkan mesin basuh anda, bukan?

Memindahkan mesin pengering

Seterusnya, sudah tiba masanya untuk menyediakan pengering sedia untuk berpindah. Pengering biasanya lebih ringan daripada mesin basuh, tetapi ia datang dengan cabaran tersendiri semasa berpindah. Walau bagaimanapun, mengikuti setiap petua akan membantu anda memindahkannya dengan mudah.

Matikan Elektrik

Sama seperti semasa memindahkan mesin basuh, matikan kuasa pengering anda sebelum mencabutnya dari dinding. Ini mungkin kelihatan seperti langkah yang tidak perlu, tetapi ia akan menghalang sebarang jenis kemalangan elektrik. Lebih baik jika anda melakukan kesilapan kerana terlalu berhati-hati berbanding merisikokan keselamatan anda. Jika anda mempunyai pengering gas, anda perlu mematikan gas sebelum memutuskan sambungan pengering. Jika anda tidak pernah melakukan ini sebelum ini, jangan bermain-main dengannya. Panggil tukang paip untuk melakukannya untuk anda.

Putuskan sambungan

Semasa anda mengalihkan pengering dari dinding, anda akan melihat hos lebar yang menyambungkan kedua-duanya. Tanggalkan hos dan penyambung, simpan di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya, anda akan menyimpan barang-barang ini di tempat yang sama dengan hos untuk mesin basuh anda.

Tambah Padding

Sebaik sahaja anda melekatkan kord elektrik ke sisi pengering, ia sedia untuk padding. Seperti mesin basuh anda, tutup mesin menggunakan sarung mesin dan gunakan pita pembungkusan untuk memastikannya lebih kemas. Anda kemudian boleh mengalihkan pengering ke dalam lori sewa pindah rumah.

Mengetahui cara memindahkan mesin basuh dan pengering dapat membantu anda berpindah dengan Mudah

Anda boleh belajar cara mengalihkan mesin basuh dan pengering sendiri, atau anda boleh mengupah servis berbayar untuk memudahkan anda berpindah. Melakukannya sendiri adalah lebih baik jika anda tahu apa yang anda lakukan dan anda ingin menjimatkan wang semasa berpindah. Namun, menggunakan khidmat servis ialah pilihan yang bagus jika anda mahukan pilihan dan jalan yang mudah. Anda tahu keperluan anda lebih baik daripada kami, jadi buat keputusan yang terbaik untuk anda.

0
X