fbpx
Cara menjimatkan ruang ketika berpindah
ukuran rumah baru

Mungkin anda perlu membuang beberapa barang untuk menjimatkan ruang anda untuk berpindah ke rumah baru yang mungkin bersaiz lebih kecil. Petua ini akan membantu anda menjimatkan ruang dan membuang barang tanpa rasa menyesal.

1. Rancang lebih awal

Agak sukar bagi seseorang untuk memindah semua harta benda jika anda tidak mempunyai rancangan. Salah satu cara paling mudah untuk menjimatkan ruang yang ada adalah dengan merancang tujuan dan lokasi setiap item. Jika anda tidak mempunyai ruang untuknya, buang saja untuk meminimumkan barang dan memaksimumkan ruang.

2. Ukuran untuk perabot

Perabot bersaiz besar akan mengambil banyak ruang di sesebuah tempat. Jika anda berniat untuk menjimatkan ruang, anda perlu membuat keputusan untuk memilih perabot mana yang boleh disimpan.

Ambil ukuran rumah baru anda dan perabot anda untuk melihat apa yang sesuai dan apa yang tidak.

Adakah lebih murah untuk memindahkan perabot anda atau membeli yang baru?

3. Penuhkan ruang

Membuang barang-barang yang tak perlu untuk menjimatkan ruang ketika berpindah tidak bermakna anda perlu berpisah dengan setiap barangan yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda mempunyai ruang untuk menjemur semua pakaian anda, maka ia bermaksud anda tidak perlu membuang pakaian-pakaian yang anda kurang gunakan contohnya baju sejuk kegemaran anda! Isi ruang yang masih ada dengan barang-barang yang anda perlukan supaya ia tidak kelihatan kosong.

4. Tetapkan had masa

Tips ini mempunyai dua bahagian. Jika anda berasa terlalu penat, tetapkan masa 15 minit untuk memasukkan laci atau kotak di loteng. Ia menjadikan proses pengosongan barang lebih terurus. Anda juga boleh menetapkan had masa untuk menentukan item yang anda ingin buang. Jika anda tidak menggunakannya dalam setahun dan tidak bercadang untuk menggunakannya pada tahun hadapan, ini bermaksud yang anda sebenarnya tidak memerlukannya.

5. Simpan barang-barang yang berharga

Sudah tentu, bukan kesemua barang kepunyaan anda mempunyai kegunaannya. Ada sesetengah barang yang tidak mempunyai kegunaan tetapi mempunyai nilai sentimental.

Jika anda tidak sanggup untuk membuangnya, jadi simpanlah! Sebagai contoh, letakkan kepingan kegemaran anda daripada koleksi pinggan nenek anda di atas rak hiasan dan gunakannya sebagai permulaan perbualan dengan tetamu. Menarik bukan ?

6. Cari dwi kegunaan bagi setiap barang

Proses menjimatkan ruang adalah mudah jika kebanyakan barangan anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya, simpan perabot yang mempunyai roda atau boleh dilipat. Ini menjadikan ia mudah disimpan dan ditarik keluar apabila perlu.

dokumen digital

7. Menyimpan dokumen secara digital

Kertas adalah antara objek yang paling banyak di rumah dan agak menyepahkan jika tidak disimpan secara teratur.

Namun kini tidak lagi !

Banyak item yang anda boleh buang dan lain-lain boleh dijadikan dokumen digital yang disimpan pada (pendrive). Jika anda lebih mahir dalam bidang IT, anda boleh menyimpannya secara (cloud).

8. Memberi kepada orang lain

Aktiviti menjimatkan ruang secara tidak langsung akan memberi peluang besar kepada anda untuk berkongsi barangan anda kepada orang lain. Orang lain mungkin memerlukan set cawan penyukat tambahan anda atau anak patung dari zaman kanak-kanak anda. Anda boleh memberi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan atau charity service.

9. Jangan keterlaluan dalam membuang barang

Sesetengah orang mempunyai kecenderungan untuk membuang barangan lama sehinggakan melebihi daripada yang sepatutnya. Ini menyebabkan anda perlu membuat pembelian semula item tersebut kemudian kerana ia masih diperlukan. Pastikan anda membuat inventori barang-barang anda, supaya anda tahu apa yang anda ada dan perlukan.

Selain itu, syarikat yang menguruskan perpindahan biasanya akan menetapkan saiz minimum lori. Ini bermakna, kadangkala ia mungkin tidak masuk akal untuk membuang kesemua barangan lama anda contohnya tilam lama anda.

Tanya syarikat yang anda upah tentang saiz minimum dan pastikan anda menggunakan semua ruang yang anda telah bayar.

10. Tentukan Perkara yang hendak Dijual, Derma dan Buang

Apabila anda memutuskan untuk membuang beberapa item, anda boleh melakukan tiga perkara dengannya: menjual, menderma atau membuang. Sesetengah barang yang sudah rosak atau pecah tidak mempunyai pilihan selain dibuang ke dalam tong sampah.

garage sales

Bila hendak menjual

Proses perpindahan memerlukan banyak kos, jadi aktiviti menjual barangan terpakai mampu menampung kos yang anda perlukan? Tidak semua barang yang tidak diingini bernilai untuk dijual. Senaraikan barang untuk dijual jika:

  • Ia dalam keadaan baik.
  • Ia lebih bernilai daripada harga untuk menganjurkan jualan (garage sales).
  • Anda mempunyai masa dan tenaga untuk mengatur jualan. Terdapat pelbagai cara untuk menjual barangan pada hari ini, jadi pilih kaedah yang paling sesuai untuk anda!
charity

Bila hendak menderma

Anda juga boleh menderma kepada organisasi tempatan jika anda tidak mahu menjual barangan terpakai tersebut. Anda biasanya hanya perlu menderma item jika:

  • Ia berada dalam keadaan baik dan tidak memerlukan pembaikan.
  • Ia layak dijual, tetapi anda tidak kisah untuk menganjurkan jualan untuknya.

Sesetengah organisasi juga akan menawarkan dokumentasi untuk potongan cukai, jadi masih ada faedah kewangan untuk anda!

Tags:
0
X