Rancangan dan Kajian
Ini merupakan dua perkara mustahak yang kerap tidak diberi perhatian semasa membuat rancangan untuk memindah.
Selepas anda telah memperolehi senarai syarikat yang berpotensi, anda perlulah membuat kajian untuk memastikan sama ada syarikat tersebut adalah syarikat yang sahih, berlesen dan berpengalaman.
Seterusnya, pelanggan perlulah menyediakan senarai soalan yang hendak ditanya kepada semua syarikat yang disenarai pendek. Anggaplah ini sebagai sesi temu duga anda bersama dengan syarikat pemindah.
Sentiasa ingat bahawa terdapat banyak syarikat pemindah yang popular tetapi wujud juga syarikat yang tidak jujur dengan pelanggan yang ingin tempah servis pindah rumah.
Oleh demikian itu, teramat penting bagi anda untuk memastikan syarikat yang dipilih adalah syarikat yang boleh dipercayai dan “professional”.
1. Berapa lama Syarikat Pemindah berada dalam industri ini?
6 Bulan?
10 Tahun?
Tidak semestinya syarikat yang baru ditubuh itu buruk dan pada masa yang sama bukanlah semua syarikat yang sudah lama beroperasi boleh dipercaya.
Kestabilan dan pengalaman adalah faktor paling penting dalam sesebuah syarikat.
Terutamanya apabila sesebuah syarikat telah beroperasi atas nama yang sama untuk tempoh masa yang panjang.
Salah satu ciri syarikat pemindah yang tidak boleh dipercayai adalah menukar nama syarikat mereka dengan kerap.
Oleh sebab itu, ikuti naluri anda dan jangan rasa teragak-agak untuk mengelakkan diri daripada syarikat pemindah yang tidak mempunyai “track record” yang boleh disahkan.
2. Adakah Syarikat Pemindah pilihan anda berlesen?
Syarikat pemindah yang tulen akan mempunyai sijil SSM yang menunjukkan syarikat mereka telah didaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang memberi kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor pengangkutan.
Jika sesebuah syarikat tidak mempunyai sijil sebegitu, ini menunjukkan bahawa mereka tidak berniat untuk berniaga dengan sifat tanggungjawab.
3. Insurans dan Kejaminan daripada Pihak Pemindah.
Insurance memindah ataupun kejaminan adalah wajib jika anda sebagai pelanggan hendak menjaga barang-barang anda.
Pastikan anda ketahui apakah terma dan syarat atau polisi yang syarikat pemindah memegang dalam menjamin kesalamatan barangan anda.
Lazimnya, pihak syarikat pemindah akan membayar ganti rugi untuk barangan yang rosak semasa memindah tetapi pembayaran ganti rugi ini hanya diaplikasikan jika anda telah mengambil insurans untuk barangan anda .
Jika syarikat pemindah tidak mempunyai sebarang insurance, anda boleh membeli insurans untuk barang anda di mana-mana syarikat insurans yang ada.
Jika sesebuah syarikat tidak mempunyai sijil sebegitu, ini menunjukkan bahawa mereka tidak berniat untuk berniaga dengan sifat tanggungjawab.
4. Apa yang anda boleh lakukan jika terdapat barang yang rosak ataupun hilang?
Terdapat banyak peluang untuk barang yang dipindah, mengalami kerosakan ataupun hilang semasa dipindah.
Anda sebagai pelanggan boleh mengambil beberapa langkah keselamatan. Antaranya ialah anda boleh mengambil gambar semua barang sebelum dipindah dan semasa staff pemindah sampai ke lokasi “drop-off point”, anda boleh tunjuk gambar tersebut dan selepas mereka siap memindah , anda boleh rujuk pada gambar-gambar yang diambil dan mengadu pada syarikat pemindah jika ada sebarang kerosakan ataupun kehilangan.
Syarikat “movers” akan mengambil tindakan sewajarnya seperti membayar ganti rugi untuk barangan yang hilang ataupun rosak.
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab jika anda menuduh staff yang memindah untuk keroskan ataupun kehilangan tanpa sebarang bukti dan amat disyorkan untuk mempunyai gambar sebelum dan selepas ataupun dikenali sebagai “Before And After Pictures”.
Walaubagaimanapun,jangan harap untuk kami bertanggungjawab untuk barangan yang dibungkus oleh pelanggan sendiri.
5. Adakah staff pemindah anda berpengalaman?
Hujung minggu, bulan dan tahun adalah masa yang dimana kebanyakan pelanggan akan berpindah disebabkan penamatan kontrak penyewaan rumah . Pada musim yang sibuk ataupun dikenali sebagai “Peak Season” ini, pihak pemindah akan mengambil pekerja sampingan “part time” untuk menampung kekurangan pekerja.
Pekerja “part time” ini kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dan sering menjadi puncak utama untuk barang yang dipindah rosak.
6. Syarikat “Movers” pilihan anda mempunyai “Storage”?
Servis “storage” ataupun servis penyimpanan barang adalah salah satu perkara pelanggan sering elakkan.
Ini adalah kerana “storage” servis biasanya mahal dan ada kemungkinan besar untuk barangan rosak.
Namun begitu, servis penyimpanan barang adalah sesuatu perkara yang amat penting.
Jika anda ingin menyimpan barang anda di “storage”, pastikan untuk bertanya berkenaan kos yang perlu ditanggung dan kadar bayaran perlu dijelaskan setiap bulan.
7. Syarikat Pemindah boleh dirujuk?
Anda rasa sukar untuk percaya sebuah syarikat movers ?
Terbaik, sebabnya anda tidak boleh percaya kata-kata manis sebuah syarikat tentang syarikat mereka sendiri.
Anda perlu bertanya pada mereka sama ada mereka boleh memberi sebarang rujukan untuk anda pastikan.
Contohnya, anda boleh mencari di laman web ataupun media sosial untuk medapatkan pendapat pelanggan yang pernah mengambil syarikat tersebut.
Berdasarkan komen dan pendapat itu, anda boleh membuat keputusan yang wajar.
8. Adakah Syarikat “Movers” sediakan Sebut Harga?
Setelah anda telah dapat tahu sama ada sesebuah syarikat pemindah itu boleh dipercayai atau tidak, seterusnya anda perlu fokus pada jenis servis yang diberi, tarikh,masa dan juga harga.
Lagi banyak soalan anda, lagi banyak peluang untuk anda mengalami pengalaman yang manis semasa memindah.
Minta untuk sebut harga yang menyeluruh (binding-quotation).
Sebutan harga menyeluruh adalah harga yang sempurna dari mula hingga habis sesuatu servis pemindahan.
Tapi ingat! Sebut harga menyeluruh tidak semestinya menjadi kata putus yang terakhir.
Jika anda memerlukan servis tambahan pada “last minute” atau jika pihak pemindah dapat buktikan bahawa anda telah menambah barangan yang tidak ternyata semasa sebut harga terdahulu, anda akan dikenakan bayaran lebih.
Jangan bergaru kepala jika anda terpaksa bayar lebih pada “last minute” disebabkan kesalahan anda dan jangan juga berhasrat untuk menyalahkan pihak movers.
9. Bolehkah anda sebagai pelanggan membuat “Packing” dengan sendiri (DIY)?
Jawapannya BOLEH! Anda boleh rujuk kepada “Bundle Package” yang kami sediakan.
Tetapi masalahnya adalah seperti yang dinyatakan di bawah….
Jika anda memilih untuk membungkus barangan anda sendiri, pihak “movers” tidak akan akan bertanggungjawab untuk barang yang rosak semasa memindah.
Sebaliknya, apa yang anda boleh buat adalah kemaskan barang yang tidak mudah pecah seperti barangan diperbuat daripada plastic dan juga barangan seperti selimut dan kain-kain.
Selebihnya, barang yang mudah pecah perlulah dibungkus oleh pihak pemindah yang mahir dalam membuat packing.
Pilihan ini boleh dikatakan akan memerlukan kos yang sedikit tinggi tetapi kurang “stress” bagi kedua-dua pihak.
10. Apakah tempoh masa yang diambil untuk memindah?
Syarikat “Movers” adalah pihak yang mahir dalam bidang ini. Mereka akan bagi anggaran masa yang diperlukan untuk memindah.
Ini akan menyenangkan pelanggan untuk merancang sebarang perkara yang lain selepas pemindahan siap.
Tetapi perlulah anda faham bahawa terdapat banyak faktor yang boleh melambatkan proses pemindahan.
Antaranya ialah cuaca . Musim hujan boleh menjejaskan proses pemunggahan barang dari rumah ke dalam lori. Bukan semua lokasi mempunyai kemudahan untuk lori berhenti di bawah kawasan yang tidak akan basah jika hujan.
Selain itu, terdapat juga “loading bay” yang jauh. Loading bay adalah tempat lori berhenti dan menurunkan barang yang hendak dibawa naik ke atas ke rumah pelanggan. “Loading Bay” ini hanya terdapat di perumahan “ condominium dan apartment” sahaja ataupun kediaman yang dikategorikan bawah “ Hak Milik Strata”.
Pelanggan yang tinggal di “apartment” ataupun berhasrat untuk berpindah ke “apartment” ataupun “condominium” perlu memberi perhatian yang khusus kepada isu “loading bay” ini.
Oleh sebab itu, pelanggan perlulah faham bahawa walaupun pihak “movers” memberi anggaran masa, akan juga ada kelewatan disebabkan faktor “external” ataupun faktor yang tidak dapat dielakkan.
11. Ketahui jika ada potongan harga ataupun “Promotion”.
Cara yang paling mudah untuk dapat tahu jika anda berpeluang untuk mendapatkan potongan harga ataupun harga “promotion” adalah bertanya terus pada pihak “movers”.
Sesetengah syarikat akan mempunyai kriteria yang pelanggan perlu memenuhi untuk layak dapat promosi.
Contohnya , ada sesetengah syarikat memberi harga promosi untuk warga emas, golongan OKU (Orang Kurang Upaya), ibu tunggal dan lain-lain lagi.
Oleh sebab itu, cara paling berkesan adalah untuk bertanya dan medapatkan maklumat mengenai harga promosi.
12. Apakah kaedah pembayaran yang Syarikat Pemindah terima?
Mengambil tahu cara pembayaran juga merupakan suatu perkara yang penting.
Lazimya,kebanyakan syarikat “Movers” akan menerima pembayaran melalui “online banking” ataupun secara tunai. Ingin kami menekankan bahawa pembayaran melalui online perlulah menggunakan kaedah “Instant Transfer” kerana kami mengharapkan bayaran yang dibuat terus masuk ke dalam akaun syarikat kami.
Anda juga akan dikhendaki untuk membayar deposit untuk confirmkan tarikh dan masa yang dingini.
Sebarang kelewatan dalam pembayaran tidak akan terlepas pandang dari pihak syarikat pemindah disebabkan pengalaman pahit masa lampau di mana pelanggan enggan membayar untuk servis yang mereka terima.
Anda berhak untuk mendapatkan resit rasmi untuk bayaran yang dijelaskan.
13. Apakah dokumen yang perlu anda sediakan?
Ada beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan semasa memindah.
Salah satunya ialah surat kebenaran untuk memindah masuk dan memindah keluar atau lebih dikenali sebagai ”Move In & Move Out Form”. Surat ini dibekalkan oleh pihak pengurusan sebuah apartment ataupun kondominium kepada pelanggan yang ingin memindah.
Anda perlulah mendapatkan maklumat yang dikhendaki dalam borang tersebut seperti nama syarikat pemindah, staff yang akan datang, sijil vaksinasi, nombor plat lori dan lain- lain lagi.
Ini adalah penting kerana pihak pengurusan tidak akan benarkan mana-mana lori yang tidak mendapatkan permit pindah masuk ataupun keluar . Ini adalah langkah keselamatan yang diikuti oleh semua kediaman yang mempunyai pondok pengawal dan juga pihak pengurusan.
14. Kepentingan mempunyai Nombor Telefon “Movers”.
Hari pemindahan adalah suatu hari yang paling sibuk dan peristiwa yang tidak diingini boleh wujud.
Kamu sebagai pelanggan akan bersama staff pemindah secara menyeluruh sehingga proses pemindahan selesai. Untuk memastikan proses ini berjalan lancar, perlulah anda mempunyai nombor telefon anggota “movers”
Ketahui siapa yang anda perlu hubungi jika crew pemindah lewat. Terutamanya jika anda berpindah ke negeri lain dan jaraknye yang jauh.
15. Bagaimana barang anda akan dikendali ?
Terdapat beberapa barang yang sukar untuk digerakkan disebabkan saiz yang besar dan juga berat di mana ada peluang untuk lantai ataupun dinding rumah anda mengalami kerosakan jika crew pemindah tidak cukup pengalaman.
Tanyalah kepada supervisor staff pemindah tentang cara pengendalian mereka pada barang yang unik dan rumit seperti piano, safebox, perabot yang mempunyai kaca dan lain-lain lagi.
Jangan sesekali berasa segan untuk menberitahu tentang nilai sentimental anda terhadap sesuatu barang dan juga harganya.
Jika mereka tahu tentang hal ini seawalnya, lagi mudah bagi pihak pemindah untuk ambil langkah jaga-jaga.
Crew “movers” yang mahir dan cekap akan memberi fokus yang lebih kepada barangan yang berlabel “fragile” iaitu barang yang mudah pecah .
Pihak pemindah juga akan membalut perabot dan peralatan dengan gunakan “stretch film” dan “bubble wrapping” sebelum mengalihkan barang dari rumah anda.
Mereka juga akan melindungi permukaan lantai dan dinding menggunakan kanvas.
Anda perlu pastikan sama ada syarikat pemindah akan berbuat demikian semasa memindah ataupun deposit anda yang dibayar kepada pemilik rumah akan “burn”.
16. Adakah barang anda akan dipindah ke lori lain?
Sesetengah pemindah yang memindah ke negeri lain akan memindah barangan anda ke lori lain.
Ini mungkin disebabkan kerosakan lori .Masa untuk perbaiki lori adalah agak lama berbanding dengan kereta ataupun motorsikal. Oleh sebab itu, “movers” akan memindah barangan anda ke lori lain untuk menjimatkan masa.
Lazimnya, mereka tidak akan mengenakan caj tambahan untuk pemindahan lori ini.
17. Beri peluang kepada Syarikat Pemindah untuk menyoal anda
Tidak khairan untuk anda sebagai pelanggan untuk mempunyai banyak soalan untuk ditanya kepada “movers”. Tetapi anda juga perlu sedia untuk menjawab soalan yang dituju kepada anda.
Jika mereka tidak bertanya soalan sebegitu, ini mungkin menunjukkan ketidakmatangan dan kurang pengalaman mereka dalam bidang memindah.
18. Tanya Sekarang, Santai Kemudian..
Setelah membaca artikel ini, anda sebagai pelanggan mungkin mendapat gambaran bahawa proses pemilihan syarikat pemindah adalah suatu yang rumit.
Jika syarikat pemindah tidak menunjukkan semangat mereka dalam melayan atau menjawab soalan anda, perlulah anda mengelakkan syarikat tersebut.
Hakikatnya, seberapa banyak soalan yang ditujukan antara pihak pemindah dan pelanggan, anda boleh dapat gambaran yang lebih jelas dan mengalami pengalaman yang baik semasa memindah.